Complimentary Shipping
Cart 0

EX Skincare

RM 50.00
EX Skincare Ratings: 0 - 0 votes


Ex Skincare

new skincare FB cover photo-01.jpg

Buat pertama kalinya, produk penjagaan kulit berlandaskan teknologi dan sains termaju yang mengabungkan fungsi anti penuaan, kuasa regenerasi dan pencerahan.

Diadun dengan bahan-bahan istimewa untuk meningkatkan keupayaan semula jadi kulit dan melindunginya terhadap kerosakan kini serta masa hadapan, merawat cela kulit bagi mengekalkan kecantikan anda.

Tiga langkah mudah setiap hari, siang dan malam untuk kulit bebas dari sebarang masalah, kekal muda, ibarat tidak dimakan masa. Lebih anjal, lebih tegang, lebih halus, lebih cerah, lebih bersinar. Lihat sendiri tansformasi kulit anda dalam masa 14 hari.

Rutin Kecantikan

2018-NEW-ROUTINE.jpg

EX Brightening Cleansing Bar

cleansing-bar-w-ingredients.jpg


Ibarat rawatan carbon-laser dirumah anda sendiri

Dicipta melalui kajian dan penemuan activated carbon, yang diekstrak dari arang semulajadi, mampu mencerahkan kulit, menyerap toksin, pencemaran harian dan bertindak sebagai agen anti oksida yang memerangi proses penuaan.

EX Brightening Cleansing Bar juga diadun dengan garam Himalaya semulajadi yang terbukti berkesan menghilangkan kulit mati, membantu menyeimbangkan Ph kulit, memberikan mineral penting untuk kesihatan kulit serta melembutkan kulit.

Bertindak ibarat magnet, pembersih lembut dan mendalam ini menarik dan menghapuskan semua racun, kuman, jangkitan dan kotoran yang menyerang pori kulit. Membersihkan kulit secara menyeluruh sambil merawat kulit, langkah pertama bagi mereka yang inginkan perlindungan dari kesan penuaan awal, jerawat dan ratusan lagi masalah kulit yang lain.

Saiz 70gm 


EX Brightening Glow Essence

toner-with-ingredients.jpg


Penemuan saintifik masa hadapan, berikan tenaga dan sinar pada kulit anda

Diformulasikan dengan Air Berstruktur H3O2 - air istimewa yang telah diproses sehingga molekulnya tersusun dan terubah.  Ditemui oleh Dr. Gerald Pollack, air berstruktur mampu mencaj semula tenaga kulit, potesi kepada kulit sihat serta menghalang proses penuaan terjadi.

Kandungan Berlian Nanopartikel di dalam EX Brightening Glow Essence dapat mengoptimumkan penyerapan nutrient penting ke dalam kulit, memanjangkan jangka hayat sel-sel kulit, menegangkan kulit dan membantu menaikkan seri kulit anda secara dramatik.

Setiap sapuan EX Brightening Glow Essence pada kulit adalah merupakan pelaburan pada kulit yang sihat dan kekal muda, selain membebaskannya dari pencemaran dari air bilasan. Kulit semakin tegang, sihat memancarkan sinar. Kulit anda jelas bersih berseri.

Saiz 50ml


HD Advanced Whitening Fluid

hd-with-ingredients.jpg


Formulasi unggul dari pakar bedah kosmetik, halang penuaan kulit anda sebelum terjadi

HD Advanced Whitening Fluid yang diformulasi dengan Tekonlogi Kompleks E861, adalah merupakan protein yang sudah lama digunakan oleh pakar pembedahan kosmetik untuk pengurusan parut pesakit mereka. Terbukti berkesan untuk penyembuhan sel dengan pantas, menghalang pengelapan serta meminimakan rupa bentuk parut serta kedutan.

Digabungkan dengan Ekstrak Rumpai Laut dari keluarga Macrocystis Pyrifera yang biasanya dijumpai di Lautan Antartika, kajian saintifik membuktikan rumpai laut ini berupaya melindungi dan merawat kulit daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas yang menyerang sel dan jaringan kolagen kulit penyebab utama penuaan terjadi.

HD Advanced Whitening Fluid diserap pantas jauh kebawah kulit untuk meningkatkan kecerahan kulit pada peringkat sel, memerangi pigmentasi dan meningkatkan lembapan dan keanjalan kulit. Kulit anda ternyata tampak lebih muda.

Saiz 30ml

EX Perfect Radiance Illuminating Day Cream with SPF50/PA++

sunblok-ex.jpg


Hidupkan seri dan cahaya kulit anda, serta-merta

Teknologi Luminance Particles didalam EX Perfect Radiance Illuminating Day Cream berfungsi untuk menguasai dan memantulkan semula cahaya, sekaligus mewujudkan cahaya gemilang kulit, ibarat ianya memancar dari dalam.

Kandungan Serbuk Mutiara dalam krim ini bertindak sebagai tonik untuk kecantikan kulit. Diperakui berabad lamanya untuk mencerahkan kulit, membekalkan nutrisi untuk yang seterusnya menghalang proses penuaan pra-matang kulit. 

Bertindak sebagai lapisan kulit kedua, kandungan Spektrum luas SPF 50  menghalang kerosakan dari kedua-dua sinaran UVA dan UVB untuk mengurangkan garis usia, mencegah kelesuan serta menyekatakan warna kulit. Kulit anda kekal muda untuk sekian lamanya.

Saiz 20gm


Customer Reviews
0 / 5
Total 0 Ratings


Write a review